Wednesday, August 11, 2010

CURAHAN HATI SEORANG INSAN BIASA

Sahabat itu adalah satu tingkah laku yang saling hormat – menghormati dan membina kesetiaan antara satu sama lain. Sering melakukan aktiviti bersama berdasarkan minat dan persamaan yang ketara. Jalinan persahabatan diperkukuhkan dengan saling percaya antara satu sama lain. Bersahabat juga menuntut tingkah laku yang sabar, ikhlas dan saling menerima nasihat dan teguran daripada sahabat. Sahabat akan berkongsi kesusahan dan kesedihan dengan sahabatnya.
Aku juga mengingati sabda Nabi Muhammad, ‘Tiadalah dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, melainkan yang lebih dicintai oleh Allah itu, adalah orang yang lebih banyak cintanya kepada rakannya.’
Bagiku, persahabatan itu adalah satu hubungan yang rapat, yang lahir daripada keikhlasan dan kejujuran dan disatukan atas dasar satu iman dan kepercayaan kepada Allah. Apabila persahabatan terjalin kerana Allah, merangsang seseorang untuk melakukan perkara yang dapat membantu serta orang lain daripada diri sendiri. Seorang sahabat itu bersedia mengorbankan harta, nyawa dan juga memberi nasihat yang baik kepada sahabatnya.
Pada pandanganku, hubungan persahabatan bukan terjalin secara spontan ataupun dapat dibentuk dengan mudah. Ia berlaku apabila ada kesesuaian antara dua individu yang bertemu dan menjalinkan hubungan yang penuh mesra dan kasih sayang. Hubungan yang baik dapat memecahkan dinding yang memisahkan diri kita dari dunia luar.
Apa gunanya sahabat jika tidak membantu sahabatnya meskipun sahabat itu tidak pernah menyuarakan isi hatinya mahukan bantuan. Aku teringat pesanan Nabi Muhammad, “Beri memberilah antara kamu, pasti kamu akan cintai mencintai antara sesama kamu.” Peringatan itu tetap aku ingat sampai bila-bila sebagai panduan aku menjalinkan persahabatan dengan orang lain. Persahabatan menuntut pengorbanan daripada kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...